Smart ICT & Keusahawanan (Minggu Pertama)

6 Mac 2019 | Ak4tiviti Terkini

Kelas Multimedia ini berlangsung pada hari Selasa, iaitu 5 Mac 2019. Kelas ini berlangsung di Bilik Gerakkan Kpg. Selampit. Kelas ini di hadiri 10 orang peserta terdiri daripada komuniti Ahli Amanah Iktiar Malaysia (AIM). Kelas ini berlangsung selama 4 jam iaitu dari 1.00 petang sehingga 4.00 petang.

Program ini adalah inisiatif staff Pusat Internet Stungkor Baru bagi membantu peserta yang tidak mempunyai kenderaan dari kampung-kampung terdekat bagi mengikuti sebarang aktiviti yang berlangsung di Pusat Internet Stungkor Baru. Program minggu pertama ini, memperkenalkan Asas ICT, Asas Keusahawanan, Penerangan Ringkas KDB dan Advocacy.

Dalam program ini, banyak menekankan tentang penggunaan komputer dengan betul. Selain itu, penerangan dalam memperkenalkan bahagian-bahagian komputer juga di berikan bagi peserta yang langsung tiada asas dalam ICT. Program tamat setelah peserta memahami dan mengenali bahagian-bahagian komputer yang telah diterangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali